Ahad, 14 Ogos 2011

SOLAT


1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang sahaja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari
Kata Nabi Muhammad S.A.W;sesiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan... dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak- anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .
(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat ) ' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Sabtu, 6 Ogos 2011

Assignment Gerko Cik Hasni.. :D

Tugasan  1 (menggantikan ujian kecergasan 2)

Huraikan ansur maju teknik merejam lembing, gambarajah lakuan, gambarajah padang  dan peraturan merejam lembing.
*Tidak melebihi  5 muka surat (tidak termasuk muka depan)


Tugasan  2

Komponen kecergasan terbahagi kapada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran motor. Jelaskan kesemua elemen yang terdapat dalam komponen kecergasan. Setiap elemen mesti mengandungi:

        i.            Definisi
      ii.            Huraian berkaitan elemen
    iii.            Contoh
     iv.            1 Gambar atau gambarajah bagi setiap elemen

*mesti melebihi 15 muka surat (tidak termasuk muka depan)

Tarikh akhir serahan ialah pada 21 Ogos 2011

Disediakan oleh,
CIK NURHASNI BINTI MOHD NOOR
PENSYARAH GERKO III (SUKAN)
6 Ogos 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

Jom Nasyid........

KITA NASYID RAMAI-RAMAI HILANGKAN RASA BOSAN... YANG PENTING KITA ENJOY DISAMPING TAMBAHKAN MURADIF (VOCAB)..

الالوان

Mari Kita Belajar Bulan - bulan Islam

الأسرة

النشيد الاعداد

relax2 kan minda setelah blja skrg jom nyanyi same2 hilangkan rase stress..

الفواكه

حديقة الاعداد

هيا نتعلم معا

Teka - teki Ilmiah

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. BagaImamapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...

Wallahu a’lam

Doa - doa di bulan Ramadhan

Doa hari – 1

Ya Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam!!
Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa hari – 2

Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada kenidloan-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dad semua Pengasih!!

Doa hari – 3
Ya Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan, Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari segala Dermawan..... amin

الدعاء سلاح موءمن

Doa,doa dan doa lagi kerana kita memerlukanNya
+ Terus berusaha kerana itu titahNya

" Ya Allah penguasa Keagungan sekalian kerajaan
dan Kegagahan Keteguhan semesta
...Jadikan jiwa kami khusyuk dalam menyuburkan ketaqwaan keranaMU
Mudah mengalir airmata kerana takut kanMu
dan jadikan Ramadhan kali ini ..
semua kami semakin bertaqwa
mendapat KeampunanMu "

اللهم يا عزيز يا جبار
اجعل قلوبنا تخشع من تقواك
واجعل عيوننا تدمع من خشياك
واجعلنا يا رب رمضان هذا
نخرج ونحن اهل التقوى واهل المغفرهSee More

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Langkah kita di perjalanan kepadaNya..
di SEGERA kan
di MUDAH kan

...Itulah Rahmah Ramadhan..

Ada yang mengatakan
[ bulan Ramadhan itu bulan PUASA ]

Namun yang lebih tepat

ia adalah..

bulan ALQUR'AN

Bulan Ramadhan memiliki keistimewaan khusus dengan Alqur’an,

sebagaimana firman Allah dalam Surat Al-Baqarah [2] ayat 185:

شَهرُ رَمَضانَ الَّذى أُنزِلَ فيهِ القُرءانُ هُدًى لِلنّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِنَ الهُدىٰ وَالفُرقانِ ۚ

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Alqur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil)."

Para Malaikat gembira dengan Nuzul Qur'an yang berlaku dalam Bulan Ramadhan..

Baca surah Al Qadar..

Kita pula diperintahkan untuk menyambut kegembiraan dengan berpuasa terlebih dahulu...

Al Baqarah [2] :183

Susah dulu baru senang
Lapar dulu baru kenyang

Mujahadah dulu..
Jihad dulu..

baru datang pertolonganNya..

Solah dulu
Baru Falaah

وروى النسائي عن أبي هريرة قال قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم

أتاكم رمضان شهر مبارك فرض اللّه عز وجل عليكم صيامه
تفتح فيه أبواب السماء وتغلق فيه أبواب الجحيم
وتغل فيه مردة الشياطين
لله فيه ليلة خير من ألف شهر
من حرم خيرها فقد حرم

Dalam hadits sahih dari Ibnu Abbas, digambarkan Rasulullah bertemu dengan Jibril pada bulan Ramadhan setiap malam untuk membacakan kepadanya Al Qur’an.

Dalam hadits Ibnu Abbas menunjukkan mudarasah (kajian) antara Nabi dan Jibril terjadi pada malam hari.

Bagaimanan style tadarus kita kali ini..

Selepas Maghrib ni malam 1st

mulakan..

JELAJAH 'Lautan' ALQURA'AN dengan..
Al Fatihah, Al Baqarah

TIps Mecegah 'Mulut Berbau'

TIps Mecegah 'Mulut Berbau'

Mulut anda berbau ?


Bau mulut ketika berpuasa terjadi kerana kekeringan pada mulut akibat kurangnya cairan (saliva atau air ludah). Bila ianya kurang, bakteri dalam mulut pun jadi lebih banyak sehingga muncul bau mulut.
...
Bagaimana mencegahnya?


Berikut tips mengurangi bau mulut .
Jauhkan makanan yang berbau tajam


1. Hindari makanan yang berpotensi menimbulkan bau seperti bawang merah, bawang putih, petai, jengkol, durian, ikan, daging, dll.
2. Berhenti merokok..atau kurangkan bilangan batang rokok walaupun free
3. Gosok gigi setelah sahur, berbuka puasa dan sebelum tidur agar tidak tersisa makanan.
Makruh menggosok gigi selepas gelincir matahari
4. Untuk membersihkan sisa-sisa makanan di sela-sela gigi, gunakan benang gigi.
5. Perbanyak makanan buah dan sayur.
6. mengurangi minuman berkafein.


Tapi yang best ya akhi..


Tak pe lah berbau pun..tapi mestilah taharah , suci BERSIH..


“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman, ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKU. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)


ada persamaan dengan manasik..


Haji menyucikan jiwa dari dosa-dosa berdasarkan hadith nabi SAW :


مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ


(( Barangsiapa menunaikan haji sedangkan MULUT dia tidak bercakap kotor, dan tidak melakukan dosa maka ia kembali seumpama dilahirkan semula oleh ibunya ))
Riwayat Al Bukhari : 2/553, no 1449 ; Muslim 9/119 no 1350


Jom berdoa dengan Mulut yang 'berbau' dan sederhana waktu berbuka..


اللهم لا تخيب فيك رجائنا وأختم بالباقيات الصالحات اعمالنا

Teka - teki Ilmiah


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. BagaImamapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...


Wallahu a’lam

Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan .

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )



Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Dalil Yang Mewajibkan Berpuasa

"Wahai orang- orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah:183

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun"
[Bukhari-Muslim]-mari kita raih bersama sama kelebihan ini sahabat2 semua.

Ramadhan Kareem

Semakan Amalan Bulan Ramadhan
1. Iftar Bersama
2. Tilawah
3. Tadarus
4. Solat Tarawih
5. Iktikaf
6. Bersedekah
7. Menambah Ilmu
8. Eratkan Silaturrahim
9. Menghayati Perjuangan Rasulullah S.A.W & Para Sahabat

Khamis, 28 Julai 2011

Tips

Tips Sedekah Tanpa Wang
1. Sedekah dengan Hati ( Niat yang ikhlas)
2.  Sedekah dengan Lisan
   * Berzikir
   * Ucapan yang baik
 ( Memberi salam, Mengajak manusia amal makruf nahi mungkar,Berlemah lembut sewaktu bercakap)
3.  Sedekah dengan  Perbuatan
 * Senyuman
 *Solat
 * Puasa sunat
 * Solat Dhuha
 *Membuang halangan di jalan
 * Membersihkan Masjid
 *Mendamaikan saudara yang berselisihan faham
 *Menunjukkan jalan pada mereka yang sesat
 * Memberi minuman kepada makhluk
 *Memberi pinjaman wang
 *Mengajarkan ilmu
 *Menanam tanaman kemudian dimakan oleh makhluk Allah

Rabu, 27 Julai 2011

Ibtisam ;)

Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula..

Assyifa'

Bagaimana Perubatan Secara Nabawi?

1. Mengikat kepala
  •        Daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami dalam keadaan kepala  Baginda diikat.Dalam satu hadis sahih disebut saat Rasulullah sakit menjelang wafat,Baginda  bersabda yang bermaksud "Aduh, kepalaku.Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.  ( Riwayat al-Nasa'i, Ibn Majah dan Ahmad)

Info

Antara waktu-waktu yang afdal untuk memberi sedekah ialah :

* Sewaktu masih hidup berbanding ketika hampir meninggal.

* Ketika berasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang  ataupun ketika harta melimpah ruah.

* Sedekah yang diberikan semasa bulan Ramadhan.

Muhasabah

Bertaubat daripada Mengumpat

Seandainya anda  terlanjur mengumpat seseorang,apakah yang anda perlu lakukan sebagai U-turn balik kepada hati yang bersih.

1. Bertaubat dan mohon keampunan daripada Allah dengan menyesali apa yang telah dilakukan di samping berazam tidakakan mengulanginya.

2. Memohon maaf daripada tuan empunya diri yang telah diumpat sama ada dia terdengar umpatan kita secara langsung atau tidak.

3. Maafkan juga semua orang dan bersihkan hati daripada berprasangka terhadap manusia lain.

4. Memuji kebaikan orang yang diumpat di depan rakan-rakan yang mendengar umpatan tersebut bagi membersihkan kembali nama orang yang telah diumpat agar tidak dipandang serong oleh orang lain yang mendengar umpatan.
5.Seterusnya doakan kebaikan untuk orang yang diumpat.