Khamis, 28 Julai 2011

Tips

Tips Sedekah Tanpa Wang
1. Sedekah dengan Hati ( Niat yang ikhlas)
2.  Sedekah dengan Lisan
   * Berzikir
   * Ucapan yang baik
 ( Memberi salam, Mengajak manusia amal makruf nahi mungkar,Berlemah lembut sewaktu bercakap)
3.  Sedekah dengan  Perbuatan
 * Senyuman
 *Solat
 * Puasa sunat
 * Solat Dhuha
 *Membuang halangan di jalan
 * Membersihkan Masjid
 *Mendamaikan saudara yang berselisihan faham
 *Menunjukkan jalan pada mereka yang sesat
 * Memberi minuman kepada makhluk
 *Memberi pinjaman wang
 *Mengajarkan ilmu
 *Menanam tanaman kemudian dimakan oleh makhluk Allah

Rabu, 27 Julai 2011

Ibtisam ;)

Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula..

Assyifa'

Bagaimana Perubatan Secara Nabawi?

1. Mengikat kepala
  •        Daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami dalam keadaan kepala  Baginda diikat.Dalam satu hadis sahih disebut saat Rasulullah sakit menjelang wafat,Baginda  bersabda yang bermaksud "Aduh, kepalaku.Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.  ( Riwayat al-Nasa'i, Ibn Majah dan Ahmad)

Info

Antara waktu-waktu yang afdal untuk memberi sedekah ialah :

* Sewaktu masih hidup berbanding ketika hampir meninggal.

* Ketika berasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang  ataupun ketika harta melimpah ruah.

* Sedekah yang diberikan semasa bulan Ramadhan.

Muhasabah

Bertaubat daripada Mengumpat

Seandainya anda  terlanjur mengumpat seseorang,apakah yang anda perlu lakukan sebagai U-turn balik kepada hati yang bersih.

1. Bertaubat dan mohon keampunan daripada Allah dengan menyesali apa yang telah dilakukan di samping berazam tidakakan mengulanginya.

2. Memohon maaf daripada tuan empunya diri yang telah diumpat sama ada dia terdengar umpatan kita secara langsung atau tidak.

3. Maafkan juga semua orang dan bersihkan hati daripada berprasangka terhadap manusia lain.

4. Memuji kebaikan orang yang diumpat di depan rakan-rakan yang mendengar umpatan tersebut bagi membersihkan kembali nama orang yang telah diumpat agar tidak dipandang serong oleh orang lain yang mendengar umpatan.
5.Seterusnya doakan kebaikan untuk orang yang diumpat.